Photobucket

Thursday, 19 April 2012

eGaji : Slip Gaji Online...

Kepada kakitangan awam yang mahu melihat atau membuat salinan slip gaji dan penyata gaji tahunan bolehlah melayari laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia:


Langkah-langkah menggunakan sistem
  • Pergi pada e-Penyata Gaji dan Laporan pada sebelah kiri laman web dan klik pada 'Daftar Masuk'.Anda akan Mandapat paparan seperti ini.

  • Kepada yang belum pernah mendaftar, anda perlu mendaftar dahulu. Klik pada perkataan 'Pertama Kali Mendaftar'
  • Anda perlu bersedia dengan No. Kad Pengenalan, No. Gaji dan Kata Laluan. Lengkapkan segala butiran dan klik 'ok'
  • Bagi yang telah mendaftar, masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan pada ruangan yang disediakan dan tekan 'Daftar Masuk'
     
  • Tekan 'Sendiri' di bawah ruangan Penyata Gaji. Kemudian anda boleh memilih tahun dan bulan yang dikehendaki. Tekan 'cari'. Setelah nama penyata gaji anda telah dipaparkan pada jadual, klik pada nama penyata gaji tersebut. Penyata gaji anda akan dipaparkan.

    Selamat mencuba dan menggunakan sistem e-Gaji ini... Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya...

No comments:

Post a Comment